Majikan Didenda RM75,000 Atas Kesalahan Gagal Menjalankan Penaksiran Risiko Keselamatan
Kota Kinabalu, 10 Disember 2024 – Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, yang diketuai oleh Hakim Puan Noor Hafizah binti Mohd Salim, telah mengenakan denda sebanyak RM75,000 terhadap Unimekar Industries Sdn. Bhd. selepas syarikat tersebut mengaku bersalah di bawah Seksyen 18B(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.