JKKP Sabah Siasat Kes Tiga Pekerja Maut Akibat Renjatan Elektrik
Kota Kinabalu - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sabah sedang menyiasat insiden kemalangan maut melibatkan tiga pekerja, semasa pemasangan lampu solar di kawasan Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau yang berlaku pada 13 Disember 2024 sekitar jam 11.00 pagi.