Freddy Harmthon Kembali ke Arena Politik?
KIULU, 15 April 2025 — Bekas Setiausaha Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) N.15 Kiulu, Freddy Harmthon, mencuri tumpuan apabila hadir ke sambutan ulang tahun ke-40 PBS yang dianjurkan oleh PBS N.15 Kiulu pada Ahad lalu di Minurod Camp Site, Pahu, Kiulu. Kehadirannya selepas lebih 15 tahun menjauh daripada dunia politik menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi dalam kalangan pemerhati politik serta warga tempatan.