Editor 20 June 2026

Test News

Test News

KOTA KINABALU, 1 Julai 2026 – Platform penstriman tempatan FH Cinema hari ini memperkenalkan versi baharu sistemnya, FH Cinema 3.0, yang dibangunkan bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada penggiat industri kreatif untuk memasarkan karya mereka secara digital.

Menurut pihak pengurusan FH Cinema, pembangunan sistem ini mengambil masa hampir tiga tahun dengan pelbagai penambahbaikan melibatkan penstriman video, siaran langsung, pembelajaran dalam talian serta sistem pengiktirafan kandungan kreatif. Antara ciri utama yang diperkenalkan termasuk platform tayangan filem berbayar (TVOD), siaran langsung percuma dan bertiket, kursus dalam talian, sistem kupon digital serta program pengiktirafan karya kreatif melalui FH Cinema Awards.

Pengasas FH Cinema berkata platform tersebut dibangunkan bagi membantu penerbit, pembikin filem, pemuzik dan pencipta kandungan memperoleh saluran pemasaran alternatif selain media sosial yang sedia ada. "Ramai penggiat industri menghasilkan karya yang berkualiti, namun berdepan cabaran untuk memasarkan kandungan mereka secara berterusan. FH Cinema diwujudkan sebagai salah satu pilihan untuk mereka menjana pendapatan melalui karya sendiri.

" Selain kandungan video, FH Cinema turut merancang untuk memperluaskan kategori kandungan termasuk podcast, dokumentari, program pendidikan dan temu bual eksklusif yang boleh diakses oleh pengguna melalui satu platform.

 Dalam masa yang sama, pihak pengurusan turut memaklumkan bahawa tarikh bagi penganjuran pertama FH Cinema Awards akan diumumkan dalam masa terdekat bagi menghargai hasil karya yang telah diterbitkan melalui platform tersebut.

FH Cinema sebelum ini telah menayangkan pelbagai kandungan termasuk filem pendek, filem panjang, video muzik, program siaran langsung serta projek kreatif dari Malaysia dan negara jiran. Dengan pelancaran versi 3.0, FH Cinema berharap dapat menjadi salah satu platform digital yang membantu memperkukuhkan ekosistem industri kreatif tempatan sambil membuka lebih banyak peluang kepada pengkarya untuk memasarkan karya mereka kepada penonton yang lebih luas.

Mengenai FH Cinema FH Cinema merupakan platform penstriman digital yang menyediakan perkhidmatan tayangan filem, muzik, siaran langsung, kursus dalam talian dan kandungan kreatif lain. Platform ini dibangunkan oleh F Harmthon Production Sdn Bhd sebagai usaha memperkasakan industri kreatif melalui teknologi digital dan model perkongsian hasil yang lebih mampan untuk pengkarya. sdadasdasd